20170110

5 Cara Dapatkan Duit Deposit Rumah 10%

Amaran : Ini hanya untuk rumah-rumah subsale


Mesti susah kan nak dapat 10% deposit rumah? - itu hanya diminda anda saje. Sebenarnya ada cara yang mudah untuk anda cuba nak dapatkannya. Sertakan sekali doa, usaha dan tawakkal OK? hehehe

Jom kita tengok dan hadam !

  • Kalau harga rumah RM100k dah jadi RM10k untuk deposit rumah
  • Kalau RM200k dah jadi RM20k untuk deposit rumah
  • Kalau RM500k dah jadi RM50k untuk deposit rumah
  • Kalau RM1000000 dah jadi ? Anda fikir la sendiri hahaha
Jadi, bagaimana cara untuk dapatkan 10% deposit rumah? Berapa anda kena sediakan?

Jom baca 5 cara yang akan saya kongsikan kepada anda semua :


1# TEKNIK MENYIMPAN

Teknik ini ramai yang guna pakai. Sejak mula kerja mulalah menyimpan sikit-sikit. Tangguhkan dulu hasrat untuk bermewah. Teknik ni senang cerita, anda buat anda dapat, anda tak buat, anda tak dapat. Hahah


2# TEKNIK MELABUR

Para bijaksana pelabur sering berkata melabur perlulah dengan ilmu, kalau tidak MELEBUR jela duit anda. Ingat tau, melabur dengan bijak. Setiap pelaburan pasti ada risiko sama ada High RETURN atau high RISK. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja yang mampu bantu anda mengurus dan meminimumkan RISIKO dalam pelaburan. Carilah institusi yang terjamin dan disahkan. Kaji dan selidik, jangan mudah terpedaya dengan SCAM tau ! 
Nak melabur dengan jaminan syariah compliance? Saya bantu anda, anda bantu saya. Like happy family gituww hehehe.
Hubungi saya 014-5094908 (Amera)

3# TEKNIK BERNIAGA

Berniaga merupakan satu sumber pendapatan yang utama dalam Islam. So, why not? Dalam berniaga ada risiko nya, permulaan modal ada yang kecil ada yang besar. Sebaiknya pilihlah yang kecil sahaja dahulu. Konsep dalam perniagaan perlu ada keuntungan. Jadi takkan kita nak nilai modal lebih tinggi daripada nilai keuntungan yedak? Tuntutla ilmu perniagaan melalui seminar-seminar yang disediakan. Yang murah-murah pun dah memadai. Ligatla mencari, baru rambang mata nak memilih. Hahaha

4# TEKNIK MEMINJAM

Teknik ini saya secara personel tidak mengesyorkan kepada anda JIKA anda bukan peminjam yang baik. Teknik meminjam boleh dilakukan dengan meminjam daripada ahli keluarga, rakan-rakan atau bank. Sebaiknya elakkan daripada dikenakan riba atau bunga. Bahaya tu noks. Ingat ye bila dah pinjam tuh, pulanglah balik. Takut nanti tak lepas titian sirat jangan menyesal 😢

5# TEKNIK KWSP

Teknik ini lambat sikitla prosedurnya, lebih-lebih lagi jika nak beli rumah subsale. Kebanyakan tuan rumah (owner) nak deposit 10% ini secepat mungkin pon hader. Hm kalau dapat owner yang tak sabar, anda pula yang kena banyak bersabar melayan kerenah dia. Hahaha

Moga bermanfaat tips ini sedikit sebanyak kepada anda yang mencari rumah. Tekan share atau like supaya ianya dapat membuka jalan kepada orang ramai yang memerlukan. Terima kasih juga kepada Pn Khairani yang share ilmu ini di group whatsapp rumah.

Post a Comment