20170110

DESOLASI

Kesepian rohani.

Baru-baru ni rakyat Malaysia telah diterjah dengan filem hebat karya Syafiq Yusof lagi sekali iaitu DESOLASI. Memang mendalam ceritanya. Pembawakan cerita memang tak lengkang daripada nilai dan pengajaran yang menyentuh hati penonton. Tahniah dan syabas tuan pengarah Syafiq Yusof.

Apa soalan daripada Tuhan?
Ujian

Apa jawapan daripada Tuhan?
Kesedaran

Ya, make sense ! Memang setiap ujian yang mendatang adalah salah satu cara Allah mahu beri kesedaran, cuma kita menerima ujian untuk dari sudut apa? Bergantung pada individu. Sebelum ni, saya tak tahu apa itu desolasi. Penggunaan desolasi mana la meluas pada zaman wechat sekarang kan hahaha. Jadi saya berpendapat desolasi ni merupakan satu perkataan membawa pelbagai maksud dan maksudnya itu sangat mendalam. 



Secara kasar atau bahasa mudahnya, desolasi bermaksud kesepian rohani. Kesepian rohani? Ya. Bagi individu yang mengalami desolasi ini sangat berat ujian yang ditimpanya. Ibarat sebelah kaki di neraka, sebelah kaki lagi di syurga. Wallahualam (itu bagi pendapat saya). Walaubagaimanapun, setiap manusia akan mengalami desolasi tetapi bergantung pada fasa boleh dikawal atau langsung tak boleh dikawal. Bila kita dah sampai fasa diluar kawalan kita, ianya terus bergantung kepada iman dan taqwa, sama ada kita masih beriman kepada Allah SWT atau kita tak boleh dah nak terima Allah dalam hidup. Astaghfirullah...

Dunia tidak adil, dunia kejam
Dalam hidup ini ada dugaan kecil dan besar yang perlu ditempuh oleh setiap lapisan manusia. Dugaan yang ditimpa bertubi-tubi itu satu ujian daripada Allah nak tengok hambaNya mampu tanggung dan masih beriman dengan Allah atau tidak. Bersyukur senantiasa la menerima dugaan dan juga nikmat daripada Allah kerana dunia ini hanya pentas lakonan. Jika awak berlakon dengan baik dan ikhlas, awak dapat pujian dan sanjungan. Jika awak berlakon dengan jadi jahat dan acuh tak acuh, mahu orang dah tak bagi job pada awak hahaha
Ayah saya selalu cakap,
Bila kita bahagia, ucaplah Alhamdulillah
Bila kita sedih, ucaplah Alhamdulillah

Allah bagi nikmat dan malapetaka bukan untuk saja-saja tapi untuk memberi ujian kepada kita supaya ada kesedaran dalam hati nurani kita. Bila kita sepi, sentiasalah ingat Allah, jangan serabutkan minda kita dengan overthinking dalam memikir masalah dunia. Ingat Allah dengan zikirullah, solat-solat sunat, membaca al-quran dan macam-macam lagi. Kasih Allah jauh lagi besar daripada kasih seorang manusia. Ingat Allah, yakin Allah akan ingat kita sampai bila-bila. Beserah diri pada Allah sebulat-bulatnya. Carilah ketenangan disisi Allah SWT.

Aku berkata bukan hanya untuk kalian, tetapi aku berkata untuk peringatan diri aku.
Moga Allah memberi aku hidayah dan kemanisan iman sebenar-benarnya. Aamiiin


Jom ber Hermo !

Post a Comment