20170118

Cara Wanita Bersedekah


Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah surirumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa sedih dan berandaikan dgn berkata:

 "Bagaimana, sedang aku pun tak ada duit?" 

Walaubagaimanapun, wanita juga turut diperintahkan untuk bersedekah tau hakak2 makcik2 dan adik2.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai yang paling ramai menghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Ada tak rasa takut pada diri anda? Hm kalau saya baca pun dah terbayang kita semua penuh dalam neraka 😓 Dan solusinya? Eh, ada solusi ke? Gais, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dengan izin Allah SWT.

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta jer. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah. Senang kata, kebaikan yang dilakukan itu adalah sedekah. gituww~

Di sini saya sertakan 15 contoh yang dikatakan sedekah 😉

Sedekah ni ada macam macam ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalahh WHATSAPP, FB, TWITTER, INSTAGRAM anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan2 yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak2 anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pd kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Banyak lagi yang dikatakan sedekah itu. Orang kata, nak buat baik senang jer, tapi nak buat jahat pun senang sangat. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Semua umat manusia, Allah dah kurniakan akal fikiran supaya sentiasa berfikir kekuasaan Allah, membezakan baik dan buruk. Wallahualam.

Yang kita miliki adalah milik Allah. Dan segala puji dan rahmat kurnia jua la kepada Allah.



Tapi jangan dilupakan ye sahabat, perkara kebaikan ini memang senang dilakukan, tapi persoalan sekarang, Allah terima tak kebaikan yang kita lakukan?

Ini kaedah penting, in shaa Allah moga bermanfaat pada semua !

1. Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari sesiapapun...

2. Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

In shaa Allah. Selamat beramal and spread the love 💕

Post a Comment