20170112

10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Pergi di Kuantan!


Kuantan merupakan daerah yang terdapat dalam Pahang dan daerah ini sudah hampir ke belah Timur menghala ke Terengganu dan Kelantan. Kebanyakkan penduduk Kuantan akan bercampur aduk dialek dan juga slang mereka mengikut kedudukan geografi masing-masing. Bukan itu sahaja, Kuantan mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang wajib anda semua kunjungi bila datang singgah ke Kuantan.

Since saya orang Kuantan, saya nak share tempat-tempat yang menarik dan best di sekitar Kuantan (as my observation since 20 years ago). Kalau nak dibandingkan Kuantan dulu dan sekarang dah nampak makin jauh beza dari segi pembangunan dan infrastrukturnya.. oh emm serta orang-orangnya ðŸ˜‚ Memang nampak perubahan. Tapi idok pulek kome nak letak gambar throwback Kuantan hahaha (excused slangs) LOL.

Saya sediakan 10 tempat menarik daripada hanya untuk lepak sehingga la tempat makanan yang pawerrr atau recommended ~

#1 TELUK CHEMPEDAK


The first place yang korang patut pergi sebab Teluk Chempedak (TC) memang tempat untuk lepakss dan tengok keindahan pantai yang cantik sambil acah acah matsaleh. Main buih belon tuh, main layang-layang, swafoto (selfie) ehh macam macam la nak buat kat TC ni. Cumanya berpada la tempat awam hahaha. Kat sini juga ada banyak dah restoran-restoran dan juga cafe hipsturrr. Yang best katanya ada Chicken Chop sedap boleh dapat dengan harga RM5 jurr gaiss. McDonalds, Chatime, Starbucks, KFC, Loteng hmm boleh kata macam-macam hader. Sesuai untuk semua golongan. Pergila TC, tak rugi, sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah best sangat. Haa, bila anda jalan depan lagi, anda akan nampak satu jambatan panjang tau. Jambatan tu akan bawa anda ke satu lagi teluk iaitu TELUK TONGKANG. Tempat ni more private, nak berkelah ada dikenakan bayaran. Dia more pada konsep beach bar gituw. Kalau anda rajin lagi boleh singgah ke mini zoo Teruntum berdekatan di Teluk Chempedak jugak okay? Jangan risau it's FREE tau. Tak lupa juga sini ada uptown gais, so lepaking anda tak suram mana pon *

#2 SUNGAI LEMBING

View matahari terbit dari Bukit Panorama
Time Capsule
Air Terjun Pelangi

Muzium Sungai Lembing

Sungai Lembing merupakan salah satu tempat bersejarah yang ada di Kuantan. Sungai Lembing juga salah satu tempat pelancongan. Ramai pengunjung daripada kalangan Cina datang setiap hujung minggu. Dulunya Sungai Lembing macam pekan mati, mungkin orang atas nampak potensi sebagai tempat peranginan, jadi sekarang Sungai Lembing dah best dah. Nak best lagi, hari Ahad, ada pasar pagi. Kat Sungai Lembing juga ada Bukit Panorama, morning view / sunrise yang walahh i could say puas hati kalau anda semua hiking dan sampai kat puncak lihat keindahan alam.  Lepas turun dari puncak, boleh jenjalan kat pasar pagi tuh, beli apam balik mini pakcik kopiah (sorry tak ingat nama) but seriously memang sedap gila apam balik mini pakcik tuh tau! Tak tipu! Makan panas-panas memang da bomb hokey! Tak lupa juga lepas anda hiking, anda boleh pergi Muzium Sungai Lembing untuk tahu serba sedikit tentang asal usul tempat ini dan jalanlah di sekitar bandar Sungai Lembing. Then anda boleh menetap di Time Capsule. Orang kata memang best dan cantik situh! So boleh dah plan holiday anda sekeluarga nanti 😎😎

#3 BUKIT GAMBANG RESORT CITY






Salah satu tempat yang jadi tarikan pelancong yang datang di Kuantan. Stay cool and get wet tuh memang style la. Anda boleh tidoq kat sini, bangun pagi pergi enjoy kat taman tema air dia, then relax kan diri pergi cuci mata tengok safari park pulak. Baru la holiday trip anda syiokkk hehehe.

#4 PANTAI CHERATING / PANTAI BALOK

Pantai Balok / Batu Hitam

Pantai Cherating

Pantai Balok ni kira-kira 10-15 minit juga dari bandar Kuantan. Pantai Cherating pula setengah jam tak silap. Yang penting jauh lagi la dari Pantai Balok hahaha. Yang best nya kat sini, sambil anda semua nak hirup udara pantai, nak berkelah dan nikmati keindahan alam, anda juga boleh nikmati makanan yang fresh dari laut (ikan / seafood). Banyak kedai makan dibuka di area-area pantai ni. Memang puas la. Makanan pon sedap-sedap tau. Kebiasaannya, ramai yang datang sini untuk berkelah, santai-santai, nak mandi pantai, jangan risau kat pantai ni ada tandas dan tempat persalinan baju siap untuk pengunjung. Im lovin it! Sama jer macam Teluk Chempedak, cumanya TC lagi hipsturr gais. Hahaha. Nak tambah sikit, Pantai Cherating ada tempat Santuari Penyu ok, jom tengok penyu telorrrr hahaha.

#5 AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

Air Terjun Sg. Pandan


Antara salah satu tarikan pengunjung jugak di Kuantan. Air terjun Sg. Pandan ni memang best selain daripada Air Terjun Pelangi. Cantik jer pemandangan dia. Sekarang pihak pengurusan dah kasik penambahbaikan dah pada tempat ini. Siap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang datang. Bagi senang orang nak berkelah dan mandi manda. Air kat sini taak dalam sangat pon memang sesuai untuk seisi keluarga gituh.. Nak lebih syiokk anda buat la BBQ dengan satu family anda atau rakan-rakan. Kalau hujung minggu ni mau jugak penuh air terjun ni. Memang bezzaaa 

#6 ECM / MEGAMALL / KUANTAN PARADE

Megamall

East Coast Mall

Kuantan Parade

Okay ni semua tempat membeli belah yang kira bagi saya top la di Kuantan. So far East Coast Mall (ECM) la yang paling baru di Kuantan. Katanya tengah buat lagi satu mall di Kuantan. Betul-betul belakang ECM. Meriah tau dah ibarat macam keyel, orang Kuantan la especially nya takpayah nak pergi keyel semata nak cari barang branded. Kat Kontan pun dah hader ok chuols. Hahhaa.

#7 MASJID SULTAN AHMAD SHAH


Masjid ni merupakan masjid besar Kuantan. Memang terletak tengah-tengah bandar Kuantan tau. Jadi siapa yang dok busy memanjang dengan kerja, dengar azan jer, ada la keinsafan kejap hahaha. Tapi nak bagitahu kat sini, masjid ni sangat cantik dan besar tau. Bagi anda yang beragama Islam, alang-alang dah berjalan ke Kuantan, apa kata singgah sekejap tunaikan fardhu di masjid negeri Kuantan ni. Bila time bulan puasa, memang ramai yang berbuka di tengah padang depan masjid tuh, satu sebab pemandangan yang cantik dan senang dekat jer nak pergi tunaikan solat fardhu dan solat trawih 😉

#8 TAMAN ESPLANADE



Di sini memang best jugak kalau anda nak pergi. Taman Esplanade ni baru lepas renovate tau, dah makin lawa dah saya tengok. Kalau datang nak jogging pepetang, nak santai-santai pun nice. Yang best lagi kat sini boleh jer nak memancing, ramai haa orang duk bertenggek kat besi tuh tunggu ikan timbul hahaha. Taman Esplanade ni orang Kuantan panggil 'Benteng', dia sebelah Sungai Kuantan jer haa. Cantikla jugak tempat ni. Waktu malam anda boleh tengok orang memancing dan juga bot nelayan yang baru balik dari laut atau yang baru nak pergi kelaut. Bukan tu jer, sini jugak ada buat perkhidmatan 'River Cruise' tau. Kalau aok orang lapar, jangan risau dekat sini pun ada deretan kedai-kedai makan masakan panas smpai la ke western food tengah menanti kedatangan anda. Hahaha. Nice wehh! Berdekatan Taman Esplanade jugak, ada satu cafe hipsturr yang satu Malaysia kenal tau iaitu Kula Cakes. Anda boleh waze jer dan rasai Mango Cheese Cake yummayyhh dorang okay ❤

#9 TANJUNG LUMPUR

Jambatan dari bandar ke Tanjung Lumpur
Tanjung Lumpur ni basically terkenal dengan Medan Ikan Bakar. Memang siapa nak merasa makanan seafood fresh dari laut boleh singgah jer deretan restoran kat Tanjung Lumpur ni. Boleh buat survey-survey restoran ikan bakar yang terkenal di sini. Masakan pun pawerrr! Order sajaaa. Hahaha

#10 GUA CHARAS

Pemandangan Gua Charas
Gua ni terletak kat Panching, kira-kira 30 minit dari bandar Kuantan. Tempat ni monk-monk Buddha dan Hindu yang jaga. Memang kalau nak datang sini, agak pendalaman sikit nak masuk, bila anda semua berdaya nak naik tangga tu, anda dapat lihat dalam gua tu mereka buat macam tokong dan patung-patung Buddha dan Hindu besar-besar baq hangg! Gua ni gua batu kapur dikatakan berusia hampir 400 juta tahun tau. Wow gituhh! So, untuk tambahan ilmu dan pendapat anda yang berminat bolehla pergi ke sini. Alah, dia satu hala je nak pergi ke Sungai Lembing. Dah alang-alang pergi jela tengok dan lihat keindahan ciptaan Allah. Hehehe

Okay doneee sharing kesemua #10 tempat menarik yang wajib anda pergi di Kuantan ! Moga dapat beri sedikit info dan manfaat pada pembaca semua. Moga bila sampai di Kuantan, ada tercalit memori terindah dalam hidup anda. Sambil-sambil kita jalan dan makan, nikmati la keindahan ciptaan Allah SWT. Moga dengan melihat keindahanNya, membuat kita lebih dekat dan bersyukur atas segala nikmat dariNya. In shaa Allah.

Post a Comment